Welcome

SELAMAT DATANG!!!...

E-Solat

WAKTU SOLAT JOHOR BAHRU

AR-Rahnu



Ar-Rahnu Agro Bank

Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai secara Islam di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran.Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.

Kelebihan Skim Ar-Rahnu.
  • Pembiayaan mengikut Syariah.
  • Cepat, mudah dan selamat.
  • Lebih murah.
  • Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh.
  • Tempoh gadaian lebih lama.

Kelayakan Pemohon.
  • Terbuka kepada semua individu warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
Had Gadaian.
Maksimum RM 150,000 @ RM 50,000 sehari.
Minimum RM 100.

Jenis Barang Gadaian.
Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :
  • Rantai.
  • Subang.
  • Cincin
  • Gelang tangan dan gelang kaki
  • Keronsang
  • Duit syiling emas dan emas keping
  • Lain-lain.
*Emas paun dan emas putih (platinum) tidak diterima oleh Bank.

Kadar Upah Simpan.
Nilai Barang Kemas Margin Pinjaman Kadar Upah Sebulan Upah Simpan Sebulan
RM 100 50% RM 0.50 RM 0.50
RM 100 60% RM 0.60 RM 0.60
RM 100 70% RM 0.75 RM 0.75

Tempoh Gadaian
6 + 3 + 2 bulan
Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan.

Penebusan Gadaian.
Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada bila-bila masa sebulan atau pada tarikh matang.

Cara Memohon.
Isi borang permohonan.
Satu salinan Kad Pengenalan.
Barang kemas yang hendak digadai.
Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera.
* Tertakluk kepada syarat dan peraturan tanpa sebarang notis.Maklumat lanjut sila layari http://www.agrobank.com.my
* tertakluk kepada perubahan nilai pinjaman semasa
________________________________


Ar-Rahnu KPMNJ

Pinjaman sehingga 65% dr nilai marhun
Tempoh bayaran sehingga 8 bulan (6+2)
Keterangan lanjut boleh hubungi +607-2232050
Alamat;
Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) .
Tingkat 5, Bangunan KPMNJ, Jalan Segget, 80000 Johor Bahru.